Followers

Saturday, June 25, 2011

Tsunami Kehampaan

 
  Jantung dan perasaanku hancur seperti kaca yang terhempas di lantai,apabila orang yang aku sayangi sepenuh hati membuat keputusan untuk meninggalkan aku, Amat berat sekali untuk aku melepaskannya. Insan yang aku sayangi itu telah aku patrikan sekemas-kemasnya di dalam lubuk hatiku ini dan menutup pintu hatiku serapat-rapatnya untuk menerima orang laen selain dari dia.

  Fikiranku mula bercelaru kerna dahulunya aku mempunyai cahaya yang menerangi dan menyinari hidupku ini serta menjadi tongak semangatku untuk mencapai sesuatu kejayaan. Kebahagian yg dahulunya sering menemani aku tidak kira pada waktu senang ataw duka ia setia dan sentiasa menemani aku. Namun itu semuanya hanyalah dulu, cahaya yang aku miliki itu terlah terpadam dengan sekelip mata dan kebahagiaan yang menemaniku dahulu telah pergi meninggalkan aku.

 Tempat yang biasanya ku bermanja-manja telah lenyap dilanda Tsunami Kehampaan. Tempat yang biasanya aku mengadu domba dan bermanja-manja telah hanyut dilanda Ombak Tsunami Kehampaan. Kini aku sudah tiada apa-apa lagi yang bernilai dalam hidupku. Permata yang ku miliki dahulu sudah tiada lagi, yang ada padaku hanyalah secebis memori bahagia yang tak seberapa tetapi amat bermakna yang sempat dibina sebelum kedatangan Tsunami tersebut.



ya Allah ya tuhan ku
kau kembalikanlah dia kepadaku
sesungguhnya aku mencintainya dgn setulus hatiku ini
Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian penentu jodoh pertemuan 
Seandai dirinya tercipta untukku panjangkanlah jodohku dgn dia
relaku menjadi miliknya... 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...