Followers

Wednesday, March 9, 2011

Andai kau tahu

Andainya dia tahu dalam hati ini ada naluri untuk disayangi, ada rasa ingin diberi perhatian, ada rasa untuk didengari keluh kesahnya, ada waktu-waktu minta ditemani kesedihan.. andainya dia tahu Rajuk ku ini minta dipujuk, Marah ku ini perlu didekati, Sedih ku ini harus didengari, gembira ku ini ingin dikongsi..andainya dia tahu di sebalik seribu satu rasa itu ada sekeping hati nan lembut  untuk ditatang bagai minyak yang penuh, jua untuk dimanjai, dan perlu sepenuh perhatian agar rasa kasih itu terasa wujud walau saat berjauhan..kerana andainya dia tahu hati ini akan senantiasa bertanya pada diri ini wujudkah cinta itu di hatinya?bila saat jauh tanpa perkhabaran sebagaimana mekarnya cinta itu tetap di hati ku ini..biarpun ombak yang merubah pantai kasihku takkan hancur berderai

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...