Followers

Tuesday, March 8, 2011

Allah nie x Adil?



Iblis diciptakan allah kan..pastu takdir dia tue semua pon allah yang tetapkan..jadi orang bukan islam tanya aku nie,mana allah ADIL?? Sbb takdir dia allah yang tetapkan,pastu akhirnya allah gak yang tetapkan neraka untuk dia sbb takdir ni allah yang buat..so iblis mana ada pilihan?? Iblis lak jadi mangsa ciptaan Pencipta dia sendiri..mana allah adil camnie?? So cmna nak jawab orang bukan islam nie??



apa korang nak jawab kalau orang tanya macam nie?? aku bukan nak tunjuk hebat la..tapi ini la soalan yang kerap ditujukan kat aku oleh orang kafir dkat sekolah aku..so jom kita hayati jawapan aku nie..



allah yang tetapkan itu.. nama dia qada dan qadar. Qada dan qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan..contoh macam kejadian siang dan malam..bila jadi siang bila jadi malam bole korang semua ubah kejadian siang dan malam hakikat nie xdapat diubah sampai bila-bila.Allah menetapkan kaum hawa dan bukannya kaum adam untuk mengandung dan melahirkan anak dan benda ini pon xdapat diubah smpai kiamat..Allah menetapkan mata untuk melihat dan mulut untuk berkata..Allah menetapkan setiap yang hidup pasti akan mati..lalala~pakar perubatan pon xley nak tukar ketetapan nie..
iblis ini pada awalnya dia duduk kat mana? Syurgakan..dia diangkat martabat dia menjadi ketua malaikat.
.then al kisahnya..Allah mencipta nabi Adam lalu menyeru semua makhluknya sujud hormat kepada nabi Adam tapi Iblis enggan sujud kat nabi Adam..n bagi seribu satu alasan kat Allah..berlaku la perang dingin..pastu Allah murka dengan Iblis lalu mencampaknya kluar dari syurga..lalu Iblis memohon kepada Allah supaya menangguhkan kematiannya sehingga ke hari Kiamat..lalu Allah pon menunaikan permintaan Iblis dan Iblis berjanji akan menyesatkan seluruh keturunan nabi Adam..ok berdasarkan cerita kat atas nie korang Nampak kan yang Iblis xnak dgr perintah Allah..sedangkan kalau dia follow perintah Allah sudah tentu dia tidak di laknat Allah sedangkan dia bole memikirkan yang mana buruk yang mana baik..

Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya
sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat
kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman:
"Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi
hamba-hambaKu." (Surah Qaaf ayat 29)

Takdir ini dikenali sebagai qada mubram atau 'takdir yang pasti' dan

mengingkarinya akan menyebabkan seseorang menjadi kafir mengikut ijmak ulama.

Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali juga

sebagai takdir mu'allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40 Masalah Agama,
takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh, jika seseorang telah ditakdirkan
hidup hingga ke umor 60 tahun, dan dya sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia,
Allah mungkin menambah umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki
neraka kemudian di hujung hidupnya dya nie bertaubat dan melakukan amal salih
dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke
dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: "Allah menghapuskan apa
yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya
terdapat Ummul Kitab." (Surah Ar-Ra'd ayat 39)

Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata:

"Lauh Mahfuz, mengikut pendapat yang hak, menerima penghapusan dan penetapan."
Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan
amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Tiada yang
boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali
perbuatan yang baik."



Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang

betul. Oleh kerana kita disuruh memilih secara yg betul, kita mempunyai
pilihan. Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah utk
mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah
tentangnya. Allah tidak pernah menzalimi manusia.

 

1 comment:

  1. boleh jadi ustad ni....!
    bagus2! teruskan usaha..!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...